SELF INTRODUCTION
Di dalam kelas Keusahawanan IT (UCD 3763) ini, beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi keperluan subjek tersebut. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan.
NEW VENTURE TEAM FORMATION
Pada minggu pertama kelas, para pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan ( 4 orang pelajar ) untuk menubuhkan sebuah syarikat. Setelah berjaya mengumpulkan 4 orang pelajar maka kami perlu memilih nama yang sesuai untuk syarikat kami. Setelah perbincangan dilakukan, kami memilih nama Illusion Soft Sdn. Bhd. sebagai nama syarikat kami.
Sessi perbincangan |
Pada minggu kedua kelas, para pelajar dikehendaki menjawab pernyataan yang paling tepat dan sesuai dengan perwatakan diri masing-masing dalam masa beberapa minit. Pernyataan tersebut akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu A, B, C dan D. Apabila selesai menjawab ke semua pernyataan tersebut, jumlah akan dikira bagi setiap bahagian dan diplotkan pada gambarajah Carta Radar. Keempat-empat titik setiap bahagian disambung dan menghasilkan satu gambarajah berbentuk layang-layang yang menggambarkan peta otak kita dan secara langsung dapat melihat gambaran personaliti diri terhadap kecenderungan minat dan kemahiran yang ada pada diri masing-masing.
Penerangan pensyarah |
Sessi menjawab pernyataan |
BUSINESS CARD DESIGN
Pada minggu ketiga kelas, setiap kumpulan diberi beberapa keping “business card” oleh pensyarah. Setelah diberi penerangan oleh pensyarah berkenaan “ business card” yang sesuai untuk digunakan oleh sesebuah syarikat, kami dikehendaki menganalisis setiap “business card” yang diberi, samada ia sesuai atau tidak sesuai digunakan. Kesimpulannya, setiap “business card” haruslah mempunyai nama,jawatan,alamat,nombor telefon,email,website dan produk yang dijual.
BUSINESS CARD EXCHANGE "Business Card" yang dianalisis |
Aktiviti kedua untuk minggu ketiga
ini, setiap kumpulan dikehendaki mewakilkan salah seorang daripada ahli
kumpulan untuk pergi ke hadapan kelas. Wakil kumpulan dikehendaki menukar “business card “ kumpulan masing-masing kepada kumpulan yang
lain. Pensyarah ingin melihat keyakinan diri dan komunikasi pelajar semasa
aktiviti tersebut dijalankan.
Sessi penukaran "Business Card" |
PRODUCT IDEAS IN DIFF CONTEXT
Aktiviti terakhir kami pada minggu
ketiga ini ialah, setiap kumpulan dikehendaki untuk memilih satu gambar
daripada 3 suasana yang diberikan oleh pensyarah iaitu:
1. Di Piramid, Mesir (Pilihan kami)
2. Di Litar Grand Prix
3. Di tepi pantai
Kemudian, kami dikehendaki mencipta
satu produk yang masih belum wujud dipasaran mengikut suasana gambar tersebut. Kami
memilih untuk mencipta “Payung berhawa dingin” yang boleh digunakan oleh penduduk atau pelancong di padang pasir yang seperti
kita ketahui sangat panas cuacanya.
Gambarajah Payung Berhawa Dingin |
Sessi perbentangan |
EUREKA !
Pada minggu keempat, setiap kumpulan dikehendaki membawa barangan untuk tujuan aktiviti, barangan tersebut adalah seperti:
i. 2 unused objects (such as a hanger, racket, rugby ball, soap holder,
microphone, just about anything ! The more unique/rare the better !).
ii. 2 pieces of A4 colored paper AND 2 pieces of A4 white paper.
iii. 1 small bottle of glue.
iv. 1 small roll of cello-tape.
v. 1 small roll of string or 'tali rafia'.
vi. 1 scissor and / or 1 small knife.
Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu produk kretif dengan menggunakan barang-barang tersebut.Kumpulan kami telah mencipta produk yamg bernama "Multi Purpose Case".Antara bahan-bahan yang digunakan untul membuak produk ini ialah botol plastik, kertas warna,salotape dan tali rafia.Kegunaannya adalah sebagai bekas untuk menyimpan barang-barang rumah atau pejabat.
Proses Membuat |
Multi Purpose Case |
Sessi Pembentangan |
CASE STUDIES: KLYMIT & KATHRYN KERRIGAN
Pada minggu kelima, para pelajar dikehendaki menganalisis dua "case studies" yang diberikan oleh pensyarah. Melalui analisis ini para pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai "business model" sesuatu perniagaan dan bagaimana untuk memulakan perniagaan atau idea produk.
Klymit |
Kathryn Kerrigan |