Thursday, 24 April 2014

Assgn11 : Business Model for Small Business (Kedai Runcit)



Perniagaan Kedai Runcit adalah perniagaan yang telah lama bertapak di Negara kita ini. Perniagaan ini mempunyai banyak perkara yang harus diberi perhatian, antaranya seperti berikut:

KEWANGAN DAN PREMIS

Tahap Modal
Mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan kedai runcit. Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz  perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan. Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.
Lokasi Kedai
Memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan kedai runcit. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan. Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.
Keluasan Kedai
Saiz kedai hendaklah juga bersesuaian dengan modal  yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus kedai itu. Saiz kedai  yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan kedai runcit secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.
Susunan Barang-Barang
Susunan barang-barang hendaklah teratur dan mudah untuk diambil atau dipilih oleh pelanggan. Jika susunan barang tidak teratur, pelanggan terpaksa pergi ke kedai lain untuk mencari barang yang dikehendaki. Ini menyebabkan kerugian kepada kedai tersebut.
Kemudahan Awam
Kemudahan awam  adalah seperti kipas angin atau penyaman udara dan ruang legar yang memberi keselesaan bagi  pelanggan untuk bergerak didalam kedai. 
Hiasan Kedai
Hiasan dalaman akan juga menenangkan fikiran pelanggan jika berada diruang kedai anda, ini sedikit sebanyak membantu pelanggan meminati dan menyukai kedai anda.
Iklan Papantanda
Mesti  terang  dan dapat dilahat oleh orang ramai dan menarik rekabentuknya serta nama kedai yang mudah  untuk disebut dan diingati.

BARANGAN

Sebagai sebuah kedai runcit, setiap peniaga harus tahu apakah barang-barang keperluan asas untuk sesebuah keluarga harus disediakan. Perlu membuat kajian melalui tinjauan dikawasan atau lokasi kedai berada, sebaik mungkin lakukan Market Segmentation Survey untuk mendapatkan segala maklumat mengenai penduduk dikawasan tersebut. Maklumat daripada kajian boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk melakar apakah barang-barang yang harus dijual. Kedai runcit yang dapat menyediakan keperluan umum akan disenangi oleh pelanggan dan mereka tidak perlu untuk pergi jauh untuk membelinya. Antara barangan yang dijual adalah :
  • Makanan / Minuman / Bahan Mentah & Memasak
  • Barangan Kesihatan / Ubat-Ubatan semua golongan.
  • Barangan Alat-Alat, Alat Ganti Perkakas Rumahtangga dan lain-lain
Barangan Kedai Runcit

HARGA

Peniaga perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah.Peniaga harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik. Langkah mencari bekalan yang lebih murah ialah untuk mengawal harga jualan dikedai runcit agar ianya tidak melebihi  daripada harga jualan ditempat-tempat lain. 


KEUNTUNGAN

Margin keuntungan bagi kedai runcit adalah purata sekitar 35%, jika bekalan di perolehi dengan harga yang mahal maka margin keuntungan akan mengecil. Dan margin 35% itu adalah berbentuk keuntungan kasar dan belum ditolak segala tanggungan yang ada.


0 comments:

Post a Comment