INGVAR
KAMPRAD
Ingvar Kamprad |
Ingvar Kamprad dilahirkan di Småland di selatan Sweden pada tahun 1926. Beliau di besarkan di 'Elmtaryd', sebuah ladang di perkampungan kecil Agunnaryd. Sejak muda lagi Ingvar telah tahu bagaimana mahu mengembangkan perniagaan. Sejak berumur lima tahun, Ingvar Kamprad mula menjual mancis di kejiranannya dan semasa berumur tujuh tahun, beliau telah mula merantau keluar untuk berniaga menggunakan basikalnya. Beliau mendapati dengan membeli mancis dalam kuantiti yang banyak di Stockholm dan menjual secara berasingan dengan harga yang rendah namun masih dapat memberi keuntungan.Daripada mancis beliau mengembangkan perniagaan dengan menjual benih bunga, kad ucapan, dekorasi pokok Krismas, dan pensil serta pen.
Pada tahun
1943, semasa Ingvar Kamprad berumur 17 tahun, bapa beliau telah memberi duit
sebagai ganjaran agar berjaya dalam pelajaran. Beliau menggunakannya untuk
membina perniagaan sendiri. Nama IKEA adalah gabungan dari nama pertama
pengasas (I.K) ditambah dengan huruf pertama Elmtaryd (E) dan Agunnaryd (A),
iaitu ladang dan kampung tempat beliau membesar. IKEA asalnya menjual pen,
dompet, bingkai gambar, selendang meja, jam tangan, barang kemas dan stoking
nilon - memenuhi keperluan barangan dengan harga rendah.Pada tahun 1945, perniagaan
Ingvar Kamprad's membesar dengan pengalaman beliau dalam membuat jualan
individu, jadi beliau mula mengiklankan di dalam surat khabar tempatan dan
menjalankan servis pesanan bahan ganti sementara. Beliau menggunakan van susu
tempatan untuk menghantar produk ke stesen keretapi berhampiran.
Pada tahun
1948, perabot diperkenalkan didalam
rangkaian produk IKEA.Perabot dihasilkan oleh pengilang tempatan di hutan berdekatan tempat tinggal
Ingvar Kamprad's. Maklumbalas adalah positif dan rangkaian diperluaskan.Kemudian
pada tahun 1951, katalog IKEA yang
pertama diterbitkan. Pengasas IKEA melihat peluang menjual
perabot berskala besar menggunakan katalog. Itulah katalog IKEA yang kita lihat
ketika ini. Pada tahun 1953, bilik
pameran perabot dibuka di Älmhult, Sweden. Ini adalah detik
penting untuk pembangunan konsep IKEA, buat pertama kalinya pengguna boleh
melihat dan merasai sentuhan kelengkapan rumah IKEA sebelum membuat pesanan.
Bilik pameran ini dicipta dari perang harga didalam industri perabot dengan
pesaing utama IKEA. Semasa kedua-dua syarikat ini menawarkan harga yang rendah,
kualiti pula menjadi masalah. Dengan membuka bilik pameran, IKEA dengan jelas
mendemonstrasikan fungsi dan kualiti produk harga rendah mereka. Inovasi adalah
kejayaan, pengguna membuat pilihan yang terbaik untuk wang ringgit mereka. Pada
tahun 1960, restoran
IKEA yang pertama dibuka di Älmhult, Sweden. Pada tahun 1963, gedung IKEA pertama
di luar Sweden telah dibuka di Oslo, Norway.
Katalog IKEA |
IKEA Kungens Kurva |
Pada tahun 1986, Ingvar Kamprad bersara dari Kumpulan Pengurusan dan menjadi penasihat untuk keluarga syarikat INGKA Holding B.V. Anders Moberg menjadi Presiden dan CEO Kumpulan IKEA. Pada tahun 1996, IKEA tiba di Malaysia. Gedung IKEA yang pertama dibuka di Kuala Lumpur. Pada masa kini, IKEA Group telah berkembang menjadi jenama runcit antarabangsa, menjana jualan tahunan lebih daripada 24.7 EURO dengan 131,000 pekerja di 41 negara.
Sumber:
http://www.ikea.com/ms/ms_MY/about_ikea/the_ikea_way/history/index.html
0 comments:
Post a Comment