|
Produk: ‘Claria
V’ - Kereta Jimat Minyak
Kenderaan prototaip ‘Claria V’ mampu bergerak
lebih 1,000 kilometer dengan satu liter minyak. Kenderaan prototaip
itu yang menggunakan enjin mesin pemotong rumput 35cc, dibangunkan dengan
harga RM25,000 mempunyai berat casis serta enjin kira-kira 49.3 kilogram dan
berat keseluruhan dengan seorang pemandu tidak melebihi 100 kilogram.
Info lanjut sila Hubungi: Prof Madya
Pakharuddin Mohd Samin
Alamat:
Fakulti Mekanikal (Automatif),
Universiti Teknologi Malaysia, Johor
|
|
Produk: ‘UJI’
- Menguji Buah Masak
Alat bagi menentukan kemasakan
buah menggunakan pengesan khas. Pengiraan hari bermula bila ia ditanam adalah
cara yang diamalkan dan ini merupakan satu masalah terutama sekali bagi
jumlah yg banyak.
Ujian kematangan buah itu menggunakan
kesan pergerakan elektron antara dua plat yang mengapit dua buah yang hendak
diuji yang mana bacaannya diukur dalam unit voltage. Bacaan yang diambil pada
buah kemudian akan diskalakan pada nilai asas dari '0' kepada 255 yang mana
ukur antara 200 ke 255 dianggap tidak masak.
Info lanjut sila Hubungi: En.
Zulkiifli Bin Husin
Alamat:
Sekolah Kejuruteraan Komputer & Komunikasi
Universiti Malaysia Perlis
(UniMap),
Perlis
|
|
Produk: i-Ngaji
i-ngaji.net adalah satu program pembelajaran al-Quran secara dalam
talian (online) dengan menggunakan perisian Skype. Melalui
i-ngaji.net, mereka yang berminat belajar al-Quran boleh berada di mana
sahaja sama ada di rumah atau di pejabat. Guru pula boleh memberi tunjuk ajar
kepada murid secara online menggunakan depan komputer.
Info lanjut sila Hubungi: En. Abdul Shukor Mohamed
Alamat:
-
|
|
Produk: HijauPlastMAP
Produk semula jadi pro-oksida yang menggunakan
bahan seperti lalang, kunyit dan serai. Keunikan produk plastik berkenaan
adalah proses penguraian mengambil masa singkat antara tiga hingga enam
bulan.
Info lanjut sila Hubungi: Dr Nik Noriman
Zulkepli
Alamat:
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
|
|
Produk: Kertas
kraf daripada sisa buangan sagu.
Kertas yang terhasil mempunyai kepelbagaian dari
segi tekstur. Ini kerana, material yang diperolehi dari pulpa sagu lebih kuat
dan lebih kasar dan kebiasaannya berwarna keperangan. Namun begitu ianya
boleh dilunturkan bagi menghasilkan kertas berwarna putih sesuai untuk pembuatan beg kertas kedai
runcit, sampul surat dan pelbagai pembungkusan yang sesuai.
Info lanjut sila Hubungi: Wan Samiati
Andriana Wan Mohamad Daud, Dr Margaret Chan kit Yok, Norazlin Abdullah dan
Safrina Muhammad
Alamat:
UiTM Sarawak
|
|
Produk: Kek
Deli Fiber
Mengatasi masalah pembuangan sisa kulit kupasan
buah-buahan malahan boleh dijadikan sebagai alternatif lain untuk
menggantikan bahan pengawet tiruan yang sedia ada di pasaran. Untuk
menghasilkan bahan pembuatan kek daripada kulit kupasan buah-buahan tersebut,
mereka mengeringkan kulit kupasan tersebut sebelum mengisar untuk
menjadikannya dalam bentuk serbuk.
Info lanjut sila Hubungi: Prof. Madya Dr
Noriham Abdullah
Alamat:
Fakulti Sains Gunaan, UiTM
|
|
Produk: Bahan
Penguraian Plastik Mesra Alam
Membantu mempercepatkan proses penguraian plastik
sehinggga dua bulan sahaja berbanding bahan plastik biasa yang mengambil masa
puluhan tahun untuk mereput atau terurai. Plastik yang dihasilkan menggunakan
produk inovasi mereka mampu terurai melalui haba, kelembapan dan cahaya
matahari.
Info lanjut sila Hubungi: Prof. Madya Dr.
Rahmah Mohamed
Alamat:
UiTM
|
|
Produk: Jubin
dari kulit telur
Menggunakan bahan polimer khas yang diadun dengan
serbuk kulit telur dan kemudian diproses untuk dijadikan jubin lantai. Proses
penghasilan jubin ini sangat mudah dan ringkas.
Info lanjut sila Hubungi: Rassimi Abdul
Ghani
Alamat:
-
|
|
Produk: Kereta
prototaip yang dijana oleh kuasa sel fuel
Enjin sel fuel lebih menjimatkan kerana ia
bertindak sebagai peranti elektrokimia yang mampu menukarkan tenaga kepada
elektrik serta haba tanpa melibatkan pembakaran.
Info lanjut sila Hubungi: Prof Ir Dr Wan
Ramli Wan Daud
Alamat:
Institut Sel Fuel, UKM
|
|
Produk: Sistem
pengenalan melalui frekuensi radio (RFID)
Sistem pengenalan RFID ialah istilah biasa untuk
teknologi yang menggunakan gelombang radio untuk secara automatik mengenal
pasti orang atau objek melalui tag atau penanda yang diletakkan di dalamnya.
Sistem
RFID dengan pengimbas yang mahal boleh digantikan dengan kad rangkaian tanpa
wayar menggunakan teknologi Wi-Fi yang harganya berpatutan.
Info lanjut sila Hubungi: Profesor Dr
Mohamad Mamun Bin Ibne Reaz
Alamat:
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM
|
0 comments:
Post a Comment