Perniagaan Kedai Runcit adalah perniagaan yang telah lama
bertapak di Negara kita ini. Perniagaan ini mempunyai banyak perkara yang harus diberi perhatian, antaranya
seperti berikut:
KEWANGAN DAN PREMIS
Tahap Modal
Mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan
menjalankan perniagaan kedai runcit. Jumlah modal yang diperlukan bergantung
kepada saiz perniagaan, lokasi
perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan. Modal
boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai
atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu
kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan
membayar balik pinjaman.
Lokasi Kedai
Memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin
kejayaan perniagaan kedai runcit. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang
mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan. Pemilihan lokasi
juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa,
persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.
Keluasan Kedai
Saiz kedai hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan
pengetahuan untuk mengawal dan mengurus kedai itu. Saiz kedai yang kecil mudah dimulakan serta diurus.
Perniagaan kedai runcit secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan
tidak begitu mudah dikendalikan.
Susunan Barang-Barang
Susunan barang-barang hendaklah teratur dan mudah untuk
diambil atau dipilih oleh pelanggan. Jika susunan barang tidak teratur,
pelanggan terpaksa pergi ke kedai lain untuk mencari barang yang dikehendaki.
Ini menyebabkan kerugian kepada kedai tersebut.
Kemudahan Awam
Kemudahan awam adalah
seperti kipas angin atau penyaman udara dan ruang legar yang memberi keselesaan
bagi pelanggan untuk bergerak didalam
kedai.
Hiasan Kedai
Hiasan dalaman akan juga menenangkan fikiran pelanggan jika
berada diruang kedai anda, ini sedikit sebanyak membantu pelanggan meminati dan
menyukai kedai anda.
Iklan Papantanda
Mesti terang dan dapat dilahat oleh orang ramai dan menarik
rekabentuknya serta nama kedai yang mudah untuk disebut dan diingati.
BARANGAN
Sebagai sebuah kedai runcit, setiap peniaga harus tahu apakah
barang-barang keperluan asas untuk sesebuah keluarga harus disediakan. Perlu membuat
kajian melalui tinjauan dikawasan atau lokasi kedai berada, sebaik mungkin
lakukan Market Segmentation Survey untuk mendapatkan segala maklumat mengenai penduduk
dikawasan tersebut. Maklumat daripada kajian boleh dijadikan sebagai garis
panduan untuk melakar apakah barang-barang yang harus dijual. Kedai runcit yang
dapat menyediakan keperluan umum akan disenangi oleh pelanggan dan mereka tidak
perlu untuk pergi jauh untuk membelinya. Antara barangan yang dijual adalah :
- Makanan
/ Minuman / Bahan Mentah & Memasak
- Barangan
Kesihatan / Ubat-Ubatan semua golongan.
- Barangan
Alat-Alat, Alat Ganti Perkakas Rumahtangga dan lain-lain
|
Barangan Kedai Runcit |
HARGA
Peniaga perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat
bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah.Peniaga harus tahu
pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik. Langkah
mencari bekalan yang lebih murah ialah untuk mengawal harga jualan dikedai runcit
agar ianya tidak melebihi daripada harga
jualan ditempat-tempat lain.
KEUNTUNGAN
Margin keuntungan bagi kedai runcit adalah purata sekitar 35%, jika bekalan di
perolehi dengan harga yang mahal maka margin keuntungan akan mengecil. Dan
margin 35% itu adalah berbentuk keuntungan kasar dan belum ditolak
segala tanggungan yang ada.