Thursday 24 April 2014

Assign12 : Funding Agencies (TEKUN)


Logo TEKUN

TEKUN merupakan singkatan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga dibawah kawalan Kemeterian Pertanian dan Industri Asas Tani. TEKUN ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai sebuah agensi penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan usahawan Bumiputera di Pulau Pinang. Sejajar dengan peredaran masa, projek TEKUN telah diperluaskan ke seluruh negara untuk kepentingan usahawan Bumiputera yang berminat. Seterusnya untuk memantapkan lagi perlaksanaan ini, sebuah Yayasan TEKUN Nasional ditubuhkan pada 1998 yang dikawal oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Menjelang April 2009, Yayasan TEKUN Nasional telah bertukar nama kepada TEKUN Nasional berikutan dengan penyusunan pentadbiran semula kerajaan yang turut memainkan peranan dalam pembangunan keusahawanan dan memberikan perkhidmatan sokongan.

Pinjaman dengan TEKUN bermula serendah RM 500.00 sehingga RM 50,000.00 dan tempoh bayaran balik adalah antara sebulan hingga lima tahun. Antara syarat-syarat utama untuk membuat permohonan dengan TEKUN adalah pemohon mesti terdiri daripada kaum Bumiputera yang berumur seawal 16 – 65 tahun. Pemohon mesti mempunyai cadangan dan rancangan perniagaan yang berpotensi untuk terus maju. Antara syarat-syarat yang seterusnya, pemohon harus mempunyai lesen atau permit pendaftaran perniagaan yang sah. Bagi pembiayaan di bawah pinjaman RM 5000.00, pemohon tidak perlukan Pendaftaran Perniagaan (SSM).

Seterusnya, pemohon mesti mempunyai lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak. Selain itu, pemohon mesti terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan. Pembiayaan sehingga RM 5000.00 boleh dipertimbangan bagi pemohon yang menjalankan perniagaan secara sambilan. Syarat terakhir adalah, pemohonan yang akan disokong adalah pemohon yang sudah menerima pembiayaan tidak melebihi RM 5000.00. Borang pemohonan boleh didapati di pejabat cawangan TEKUN yang berdekatan dengan kediaman atau lokasi perniagaan. Borang yang telah lengkap diisi dengan dokumen yang diminta boleh diserahkan untuk disemak dan dinilai. Selain itu, permohonan dalam talian juga disediakan dengan melayari laman web rasmi TEKUN Nasional.

Assgn11 : Business Model for Small Business (Kedai Runcit)



Perniagaan Kedai Runcit adalah perniagaan yang telah lama bertapak di Negara kita ini. Perniagaan ini mempunyai banyak perkara yang harus diberi perhatian, antaranya seperti berikut:

KEWANGAN DAN PREMIS

Tahap Modal
Mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan kedai runcit. Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz  perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan. Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.
Lokasi Kedai
Memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan kedai runcit. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan. Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.
Keluasan Kedai
Saiz kedai hendaklah juga bersesuaian dengan modal  yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus kedai itu. Saiz kedai  yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan kedai runcit secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.
Susunan Barang-Barang
Susunan barang-barang hendaklah teratur dan mudah untuk diambil atau dipilih oleh pelanggan. Jika susunan barang tidak teratur, pelanggan terpaksa pergi ke kedai lain untuk mencari barang yang dikehendaki. Ini menyebabkan kerugian kepada kedai tersebut.
Kemudahan Awam
Kemudahan awam  adalah seperti kipas angin atau penyaman udara dan ruang legar yang memberi keselesaan bagi  pelanggan untuk bergerak didalam kedai. 
Hiasan Kedai
Hiasan dalaman akan juga menenangkan fikiran pelanggan jika berada diruang kedai anda, ini sedikit sebanyak membantu pelanggan meminati dan menyukai kedai anda.
Iklan Papantanda
Mesti  terang  dan dapat dilahat oleh orang ramai dan menarik rekabentuknya serta nama kedai yang mudah  untuk disebut dan diingati.

BARANGAN

Sebagai sebuah kedai runcit, setiap peniaga harus tahu apakah barang-barang keperluan asas untuk sesebuah keluarga harus disediakan. Perlu membuat kajian melalui tinjauan dikawasan atau lokasi kedai berada, sebaik mungkin lakukan Market Segmentation Survey untuk mendapatkan segala maklumat mengenai penduduk dikawasan tersebut. Maklumat daripada kajian boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk melakar apakah barang-barang yang harus dijual. Kedai runcit yang dapat menyediakan keperluan umum akan disenangi oleh pelanggan dan mereka tidak perlu untuk pergi jauh untuk membelinya. Antara barangan yang dijual adalah :
  • Makanan / Minuman / Bahan Mentah & Memasak
  • Barangan Kesihatan / Ubat-Ubatan semua golongan.
  • Barangan Alat-Alat, Alat Ganti Perkakas Rumahtangga dan lain-lain
Barangan Kedai Runcit

HARGA

Peniaga perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah.Peniaga harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik. Langkah mencari bekalan yang lebih murah ialah untuk mengawal harga jualan dikedai runcit agar ianya tidak melebihi  daripada harga jualan ditempat-tempat lain. 


KEUNTUNGAN

Margin keuntungan bagi kedai runcit adalah purata sekitar 35%, jika bekalan di perolehi dengan harga yang mahal maka margin keuntungan akan mengecil. Dan margin 35% itu adalah berbentuk keuntungan kasar dan belum ditolak segala tanggungan yang ada.


Friday 18 April 2014

Asgn9 : 10 RnD Products.

                             


Produk: ‘Claria V’ - Kereta Jimat Minyak

Kenderaan prototaip ‘Claria V’ mampu bergerak lebih 1,000 kilometer dengan satu liter minyak. Kenderaan prototaip itu yang menggunakan enjin mesin pemotong rumput 35cc, dibangunkan dengan harga RM25,000 mempunyai berat casis serta enjin kira-kira 49.3 kilogram dan berat keseluruhan dengan seorang pemandu tidak melebihi 100 kilogram.

Info lanjut sila Hubungi: Prof Madya Pakharuddin  Mohd Samin

Alamat:      Fakulti Mekanikal (Automatif),
                   Universiti Teknologi Malaysia, Johor





Produk: ‘UJI’ - Menguji Buah Masak
                  
Alat bagi menentukan kemasakan buah menggunakan pengesan khas. Pengiraan hari bermula bila ia ditanam adalah cara yang diamalkan dan ini merupakan satu masalah terutama sekali bagi jumlah yg banyak.

Ujian kematangan buah itu menggunakan kesan pergerakan elektron antara dua plat yang mengapit dua buah yang hendak diuji yang mana bacaannya diukur dalam unit voltage. Bacaan yang diambil pada buah kemudian akan diskalakan pada nilai asas dari '0' kepada 255 yang mana ukur antara 200 ke 255 dianggap tidak masak.

Info lanjut sila Hubungi:   En. Zulkiifli Bin Husin

Alamat:   Sekolah Kejuruteraan Komputer & Komunikasi
              Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Perlis



Produk: i-Ngaji
                                   
i-ngaji.net adalah satu program pembelajaran al-Quran secara dalam talian (online) dengan menggunakan perisian Skype. Melalui i-ngaji.net, mereka yang berminat belajar al-Quran boleh berada di mana sahaja sama ada di rumah atau di pejabat. Guru pula boleh memberi tunjuk ajar kepada murid secara online menggunakan depan komputer.

Info lanjut sila Hubungi: En. Abdul Shukor Mohamed

Alamat:      -




Produk: HijauPlastMAP

Produk semula jadi pro-oksida yang menggunakan bahan seperti lalang, kunyit dan serai. Keunikan produk plastik berkenaan adalah proses penguraian mengambil masa singkat antara tiga hingga enam bulan.

Info lanjut sila Hubungi: Dr Nik Noriman Zulkepli

Alamat:      Fakulti Teknologi Kejuruteraan
                   Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)



Produk: Kertas kraf daripada sisa buangan sagu.

Kertas yang terhasil mempunyai kepelbagaian dari segi tekstur. Ini kerana, material yang diperolehi dari pulpa sagu lebih kuat dan lebih kasar dan kebiasaannya berwarna keperangan. Namun begitu ianya boleh dilunturkan bagi menghasilkan kertas berwarna putih  sesuai untuk pembuatan beg kertas kedai runcit, sampul surat dan pelbagai pembungkusan yang sesuai.

Info lanjut sila Hubungi: Wan Samiati Andriana Wan Mohamad Daud, Dr Margaret Chan kit Yok, Norazlin Abdullah dan Safrina Muhammad

Alamat:      UiTM Sarawak


Produk: Kek Deli Fiber

Mengatasi masalah pembuangan sisa kulit kupasan buah-buahan malahan boleh dijadikan sebagai alternatif lain untuk menggantikan bahan pengawet tiruan yang sedia ada di pasaran. Untuk menghasilkan bahan pembuatan kek daripada kulit kupasan buah-buahan tersebut, mereka mengeringkan kulit kupasan tersebut sebelum mengisar untuk menjadikannya dalam bentuk serbuk.

Info lanjut sila Hubungi: Prof. Madya Dr Noriham Abdullah

Alamat:      Fakulti Sains Gunaan, UiTM


Produk: Bahan Penguraian Plastik Mesra Alam

Membantu mempercepatkan proses penguraian plastik sehinggga dua bulan sahaja berbanding bahan plastik biasa yang mengambil masa puluhan tahun untuk mereput atau terurai. Plastik yang dihasilkan menggunakan produk inovasi mereka mampu terurai melalui haba, kelembapan dan cahaya matahari.

Info lanjut sila Hubungi: Prof. Madya Dr. Rahmah Mohamed

Alamat:      UiTM


Produk: Jubin dari kulit telur

Menggunakan bahan polimer khas yang diadun dengan serbuk kulit telur dan kemudian diproses untuk dijadikan jubin lantai. Proses penghasilan jubin ini sangat mudah dan ringkas.

Info lanjut sila Hubungi: Rassimi Abdul Ghani

Alamat:      -


Produk: Kereta prototaip yang dijana oleh kuasa sel fuel

Enjin sel fuel lebih menjimatkan kerana ia bertindak sebagai peranti elektrokimia yang mampu menukarkan tenaga kepada elektrik serta haba tanpa melibatkan pembakaran.

Info lanjut sila Hubungi: Prof Ir Dr Wan Ramli Wan Daud

Alamat:     Institut Sel Fuel, UKM


Produk: Sistem pengenalan melalui frekuensi radio (RFID)

Sistem pengenalan RFID ialah istilah biasa untuk teknologi yang menggunakan gelombang radio untuk secara automatik mengenal pasti orang atau objek melalui tag atau penanda yang diletakkan di dalamnya.
Sistem RFID dengan pengimbas yang mahal boleh digantikan dengan kad rangkaian tanpa wayar menggunakan teknologi Wi-Fi yang harganya berpatutan.

Info lanjut sila Hubungi: Profesor Dr Mohamad Mamun Bin Ibne Reaz

Alamat:      Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM