Monday 31 March 2014

Asgn4 : Entrepreneurs Profile by their Popular Product Invention (IKEA)


INGVAR KAMPRAD

Ingvar Kamprad

Ingvar Kamprad dilahirkan di Småland di selatan Sweden pada tahun 1926. Beliau di besarkan di 'Elmtaryd', sebuah ladang di perkampungan kecil Agunnaryd. Sejak muda lagi Ingvar telah tahu bagaimana mahu mengembangkan perniagaan. Sejak berumur lima tahun, Ingvar Kamprad mula menjual mancis di kejiranannya dan semasa berumur tujuh tahun, beliau telah mula merantau keluar untuk berniaga menggunakan basikalnya. Beliau mendapati dengan membeli mancis dalam kuantiti yang banyak di Stockholm dan menjual secara berasingan dengan harga yang rendah namun masih dapat memberi keuntungan.Daripada mancis beliau mengembangkan perniagaan dengan menjual benih bunga, kad ucapan, dekorasi pokok Krismas, dan pensil serta pen.
 
Pada tahun 1943, semasa Ingvar Kamprad berumur 17 tahun, bapa beliau telah memberi duit sebagai ganjaran agar berjaya dalam pelajaran. Beliau menggunakannya untuk membina perniagaan sendiri. Nama IKEA adalah gabungan dari nama pertama pengasas (I.K) ditambah dengan huruf pertama Elmtaryd (E) dan Agunnaryd (A), iaitu ladang dan kampung tempat beliau membesar. IKEA asalnya menjual pen, dompet, bingkai gambar, selendang meja, jam tangan, barang kemas dan stoking nilon - memenuhi keperluan barangan dengan harga rendah.Pada tahun 1945, perniagaan Ingvar Kamprad's membesar dengan pengalaman beliau dalam membuat jualan individu, jadi beliau mula mengiklankan di dalam surat khabar tempatan dan menjalankan servis pesanan bahan ganti sementara. Beliau menggunakan van susu tempatan untuk menghantar produk ke stesen keretapi berhampiran.
 
Logo IKEA

Pada tahun 1948, perabot diperkenalkan didalam rangkaian produk IKEA.Perabot dihasilkan oleh pengilang tempatan di hutan berdekatan tempat tinggal Ingvar Kamprad's. Maklumbalas adalah positif dan rangkaian diperluaskan.Kemudian pada tahun 1951, katalog IKEA yang pertama diterbitkan. Pengasas IKEA melihat peluang menjual perabot berskala besar menggunakan katalog. Itulah katalog IKEA yang kita lihat ketika ini. Pada tahun 1953, bilik pameran perabot dibuka di Älmhult, Sweden. Ini adalah detik penting untuk pembangunan konsep IKEA, buat pertama kalinya pengguna boleh melihat dan merasai sentuhan kelengkapan rumah IKEA sebelum membuat pesanan. Bilik pameran ini dicipta dari perang harga didalam industri perabot dengan pesaing utama IKEA. Semasa kedua-dua syarikat ini menawarkan harga yang rendah, kualiti pula menjadi masalah. Dengan membuka bilik pameran, IKEA dengan jelas mendemonstrasikan fungsi dan kualiti produk harga rendah mereka. Inovasi adalah kejayaan, pengguna membuat pilihan yang terbaik untuk wang ringgit mereka. Pada tahun 1960, restoran IKEA yang pertama dibuka di Älmhult, Sweden. Pada tahun 1963, gedung IKEA pertama di luar Sweden telah dibuka di Oslo, Norway.

Katalog IKEA

Pada tahun 1965, gedung IKEA terbesar dibuka di Stockholm, Sweden. Beribu-ribu orang beratur untuk pembukaan gedung mercu tanda seluas 31,000 meter persegi, IKEA Kungens Kurva. Gedung mempunyai reka bentuk bulat, diinspirasi oleh Guggenheim Museum di New York . Kejayaan gedung mencetuskan pembukaan gudang layan diri - sebahagian penting konsep IKEA dilahirkan. Tambahan pula Acceten dibuka di tempat pelanggan boleh membeli peralatan memasak berkualiti pada harga rendah. Pada tahun 1984, IKEA FAMILY di rasmikan.IKEA FAMILY, merupakan kelab untuk pelanggan terbaru telah dilancarkan. Kini, IKEA FAMILY terdapat di 16 buah negara (di seluruh 167 gedung) dan telah mempunyai lebih kurang 15 juta ahli.

IKEA Kungens Kurva

Pada tahun 1986, Ingvar Kamprad bersara dari Kumpulan Pengurusan dan menjadi penasihat untuk keluarga syarikat INGKA Holding B.V. Anders Moberg menjadi Presiden dan CEO Kumpulan IKEA. Pada tahun 1996, IKEA tiba di Malaysia. Gedung IKEA yang pertama dibuka di Kuala Lumpur. Pada masa kini, IKEA Group telah berkembang menjadi jenama runcit antarabangsa, menjana jualan tahunan lebih daripada 24.7 EURO dengan 131,000 pekerja di 41 negara.

Sumber: 
http://www.ikea.com/ms/ms_MY/about_ikea/the_ikea_way/history/index.html

0 comments:

Post a Comment